ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG

Alhamdulillah, Yayasan Pasir Gudang berkesempatan menziarahi empat orang pesakit di sekitar kawasan Taman Air Biru bersama Encik Ed Baela, Ahli Majlis Zon Taman Air Biru.

Ziarah kali ini menyantuni mereka yang sedang diuji dengan kesihatan. Setiap kunjungan bukan sekadar hadir bertanya khabar, tetapi membawa doa, semangat dan sedikit sumbangan sebagai tanda kebersamaan kita.

Semoga kehadiran ini dapat memberi kekuatan buat mereka untuk terus tabah menghadapi ujian, dan meringankan sedikit beban yang ditanggung. Dalam setiap ujian, pasti ada hikmah yang tersimpan.

Ikuti Facebook & Instagram Yayasan Pasir Gudang @yayasanpasirgudang untuk info dan perkembangan terkini.

#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin

Scroll to Top