Pasukan Yayasan Pasir Gudang telah menziarahi lima buah rumah di sekitar Zon Sungai Tiram bagi menyantuni pesakit serta menghulurkan bantuan, di samping meninjau keadaan mereka dengan penuh rasa keprihatinan.
Semoga setiap sumbangan yang disampaikan ini dapat meringankan beban dan menghadirkan sedikit kelegaan buat mereka sekeluarga.
Lawatan ini turut disertai oleh Tuan Haji Zuraimi, Encik Zainal, Tuan Haji Yusof serta Puan Hasnina (ALPA YPG).
🔥 Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.