ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG

Ziarah Yayasan Pasir Gudang diketuai oleh Encik Zainal (ALPA YPG) menyantuni lima orang pesakit yang terdiri daripada pesakit strok, pendarahan otak dan kencing manis kronik di sekitar Kota Masai dan Bestari Perdana .Semoga ziarah ini dapat memberi sedikit semangat, kekuatan serta harapan buat mereka untuk terus berjuang dan menjalani kehidupan yang lebih baik.

Namun, dalam kunjungan ini, kami turut menerima khabar duka apabila salah seorang pesakit, Encik Gopalakrisnan yang menghidap kencing manis kronik telah meninggal dunia. Ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang sukar ini.

Turut hadir Tuan Haji Yusof (ALPA YPG).
🔥 Ikuti Facebook & Instagram Yayasan Pasir Gudang @yayasanpasirgudang untuk info dan perkembangan terkini.

Scroll to Top