LAWATAN KE KEDIAMAN MANGSA KEBAKARAN

Pada 30 April 2026, sekitar jam 2 pagi, satu kejadian kebakaran telah berlaku di Jalan Ciku, Taman Kota Masai yang melibatkan tiga buah rumah.

Sejurus mendapat khabar dari komuniti, Yayasan Pasir Gudang turun bersama Encik Ezlan Farid, Setiausaha MBPG bagi melihat keadaan mangsa dan rumah yang dilanda bencana kebakaran. Encik Ezlan Farid menyampaikan takziah dan dukungan kami kepada mangsa. Moga sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan keluarga yang terlibat.

Turut hadir , Puan Hasnina dan Encik Zainal (ALPA YPG) dan Ahli Majlis MBPG, Puan Teh Siew Boey dan Puan Hajah Rapenah.

🔥 Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.

#yayasanpasirgudang #ypgprihatin #kebakaran

Scroll to Top