MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN PERAYAAN HARI DEEPAVALI 2026 & KHEMAH PUJB KEPADA USAHAWAN MIKRO

Majlis Penyerahan Sumbangan Perayaan Hari Deepavali 2026 telah berlangsung di perkarangan Pejabat ADUN Tiram, disampaikan oleh YB Senator Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman, ADUN Tiram bersama Tok Afif, Ketua Kampung kepada 100 orang penerima bagi membantu menceriakan sambutan perayaan tahun ini.

Turut hadir, Encik Zainal, Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) Yayasan Pasir Gudang.

Dalam majlis yang sama, turut berlangsung sesi penyerahan khemah daripada PUJB kepada usahawan mikro sebagai sokongan terhadap kelangsungan dan perkembangan perniagaan kecil dalam kalangan komuniti setempat.

Semoga sumbangan dan inisiatif yang disampaikan dapat memberi manfaat serta membawa keceriaan dan kesejahteraan kepada masyarakat.

#YayasanPasirGudang #YPGPrihatin #Deepavali2026

Scroll to Top