Program ini memberi tumpuan kepada subjek teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah, serta dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman. Selain sesi pengajaran, bengkel turut menekankan aspek teknik menjawab soalan, pengurusan masa, serta strategi peperiksaan yang berkesan bagi memastikan pelajar lebih bersedia menghadapi peperiksaan sebenar.
Pelaksanaan program ini bukan sahaja memperkukuh hubungan antara Yayasan Pasir Gudang dan institusi pendidikan setempat, malah membuka peluang kepada pelajar untuk memperoleh bimbingan tambahan tanpa membebankan kewangan keluarga. Inisiatif ini seiring dengan misi Yayasan Pasir Gudang untuk melahirkan generasi berilmu, berdaya saing, dan berpotensi tinggi dalam membina masa depan yang lebih cemerlang.