Kluster
Kebajikan
Pelbagai inisiatif kebajikan yang dilaksanakan bagi membantu golongan memerlukan dalam komuniti melalui sokongan bantuan serta usaha meningkatkan kesejahteraan hidup.
Food Aid Programme MyKasih
Satu bentuk bantuan sara diri kepada golongan yang tidak berkemampuan yang dikreditkan dalam kad pengenalan sebanyak RM 80.00 sebulan selama setahun
Sumbangan Hari Perayaan
Setiap tahun, Yayasan Pasir Gudang tidak ketinggalan meraikan sambutan perayaan dengan menyantuni golongan yang kurang bernasib baik dengan memberikan sumbangan perayaan berbentuk tunai dan bakul makanan
Bantuan Kecemasan "One-Off"
Sejenis bantuan yang dihulurkan untuk meringankan bebanan masyarakat dengan mensasarkan kepada golongan yang kurang berkemampuan, pesakit kronik serta keluarga yang ditimpa bencana
Rumah Transit Yayasan Pasir Gudang x MBPG
Mewujudkan penginapan transit (sementara) dengan kerjasama MBPG sebagai satu bentuk keprihatinan kepada keluarga yang ditimpa bencana dan mempunyai keperluan mendesak
Ringankan Tangan, Hulurkan Bantuan
Sumbangan anda sedikit sebanyak dapat membantu meringankan tanggungan dan bebanan yang dipikul oleh golongan yang kurang berkemampuan bagi kawasan sekitar Pasir Gudang dan kawasan Parlimen Tebrau.
Senarai Bantuan yang Dibuka
Semak senarai bantuan yang sedang dibuka untuk permohonan. Setiap inisiatif dirangka bagi menyokong golongan yang memerlukan dalam aspek pendidikan, kebajikan dan pemerkasaan ekonomi demi kesejahteraan komuniti Pasir Gudang.
Bersama Membina Masa Hadapan
Dengan semangat kebersamaan, kami menggalakkan sumbangan dan sokongan daripada semua pihak untuk membantu mereka yang memerlukan. Setiap bantuan yang disalurkan bukan sekadar meringankan beban, malah menjadi langkah penting dalam membina masa depan yang lebih cerah dan bermaruah.