BANTUAN KEMASUKAN IPT AWAM & SWASTA BERSAMA LUVATA MALAYSIA SDN BHD
Sesi Penyerahan Sumbangan Bantuan Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta, anjuran bersama Luvata (Malaysia) Sdn. Bhd. dan Yayasan Pasir Gudang, telah disempurnakan oleh Encik Zainal (YPG) bersama-sama Encik Saw Yee Hoe, Pengarah Urusan Luvata (Malaysia) Sdn. Bhd., Encik Wong Khing Huei, Pengarah QEHS, HR & Pentadbiran serta Encik Yahya, Pengarah Jabatan Pengeluaran Luvata (Malaysia) Sdn. Bhd.
Luvata (Malaysia) Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat pengeluar produk tembaga yang beroperasi di Pasir Gudang. Menerusi inisiatif Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), syarikat ini turut komited dalam menyokong pembangunan pendidikan tinggi dalam kalangan komuniti setempat.
Semoga sumbangan yang disalurkan dapat meringankan urusan para penerima dalam meneruskan langkah ke alam pengajian tinggi. Selamat maju jaya buat semua pelajar! 💙
Turut hadir, Puan Hasnina serta Tuan Haji Yusof (ALPA YPG).
#YayasanPasirGudang #ypgprihatin