DAPUR KASIH JOHOR
Program Dapur Kasih Johor 2026 yang berkonsepkan keluarga angkat telah berlangsung di Pasaraya Maslee, Taman Cendana dengan kerjasama Yayasan Pasir Gudang, Pejabat ADUN Permas dan Majlis Bandaraya Pasir Gudang.
Merupakan cetusan idea Y.A.B. Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, program ini menjadi antara inisiatif Kerajaan Negeri Johor dalam membantu meringankan beban kos sara hidup serta menjaga kebajikan golongan Ketua Isi Rumah (KIR) Miskin.
Menerusi program ini, seramai 86 orang penerima telah menerima bantuan sebanyak RM100 sebulan selama tiga bulan, iaitu bagi tempoh Julai hingga September 2026, khusus untuk pembelian barangan makanan asas.
Turut hadir, Saudara Noor Azleen bin Ambros, Pegawai (TTK) Menteri Pertahanan Malaysia bagi meninjau pelaksanaan program dan kelancaran sepanjang berlangsungnya inisiatif ini.
🔥 Ikuti Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat dan aktiviti terkini!
#YayasanPasirGudang #YPGPrihatin #DapurKasihJohor2026