PASIR GUDANG | 28 Julai 2024: pejabat ADUN Permas dan Yayasan Pasir Gudang telah berjaya menyempurnakan Program Dapur Kasih Johor bagi bulan Julai 2024 di Pasaraya Maslee Taman Cendana.
Program ini turut disertai oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang iaitu Encik Razani bin Abdul Rauf dan Ahli Majlis Zon Cendana iaitu Tuan Haji ishak bin Mohd Yusoff.
Keseluruhan penerima sumbangan Program Dapur Kasih Johor adalah seramai 53 orang penerima dari sekitar Pasir Gudang. Sumbangan tersebut berbentuk wang ringgit yang bernilai RM 200 bagi setiap keluarga. Bantuan ini merupakan salah satu inisiatif YAB Menteri Besar Johor bagi membantu golongan sasar.
Dikesempatan ini, pihak Yayasan Pasir Gudang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pihak Pasaraya Maslee Taman Cendana atas kerjasama yang diberikan. Tidak lupa juga kami ingin menghargai sumbangan Pasaraya Maslee berupa vaucer RM 50 bagi bersama- sama menjayakan program ini.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin