LAWATAN KE KEDIAMAN KEBAKARAN
JALAN ATMO
Susulan laporan yang diterima, Yayasan Pasir Gudang bersama JKPD Dun Puteri Wangsa telah melakukan lawatan ke kediaman Puan Sakinah di Jalan Atmo, Kampung Sungai Tiram bagi meninjau situasi sebenar insiden kebakaran yang berlaku baru-baru ini.
Kejadian tersebut telah meranapkan sepenuhnya kediaman beliau, dari bahagian hadapan hinggalah ke belakang mengakibatkan beliau kehilangan barangan peribadi dan barangan keperluan asas.
Sebagai langkah awal, Yayasan Pasir Gudang bersama JKPD Dun Puteri Wangsa telah menyalurkan bantuan awal berupa bantuan tunai dan barangan dapur bagi meringankan beban mangsa buat semantara.
Lawatan ini bukan sahaja sebagai sokongan fizikal, tetapi juga sebagai tanda prihatin dan komitmen berterusan kedua-dua pihak untuk memastikan Puan Sakinah menerima bantuan yang diperlukan sehingga proses pemulihan dapat dijalankan serta bantuan susulan yang dikenal pasti dapat disalurkan kepada mereka.
Turut hadir, Encik Zainal (ALPA YPG), Tuan Haji Malek, Tuan Haji Khairul Nizam (Ahli Majlis Bandaraya MBPG) serta Encik Rohsawal (JKPD Dun Puteri Wangsa).
Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.
#YayasanPasirGudang?
#ypgprihatin