LAWATAN KEBAKARAN YAYASAN PASIR GUDANG
Pasukan Yayasan Pasir Gudang bersama Puan Rafiah, Ahli Majlis Bandaraya Pasir Gudang Zon Bukit Dahlia, telah turun padang ke Taman Bukit Dahlia bagi meninjau keadaan serta menyantuni keluarga yang terlibat dalam insiden kebakaran.
Tuan Haji Othman, kebakaran yang berlaku di kediamannya dipercayai berpunca daripada litar pintas. Kejadian berkenaan telah memusnahkan keseluruhan bahagian atas rumah beliau. Selain kerosakan harta benda, Tuan Haji Othman turut berdepan cabaran apabila dokumen-dokumen penting yang disimpan turut terjejas akibat insiden tersebut.
Puan Kamsiah, turut terkesan akibat kejadian berkenaan apabila api yang marak dari kediaman bersebelahan telah menyebabkan kerosakan pada bahagian dinding, atap, siling serta saluran air rumah beliau.
Sebagai tanda prihatin, Yayasan Pasir Gudang telah menyampaikan sumbangan awal bagi membantu meringankan beban yang ditanggung oleh kedua-dua keluarga.
Syukur, kedua-dua mangsa dan ahli keluarga berada dalam keadaan selamat dan tiada sebarang korban jiwa dilaporkan. Kini, mereka giat membersihkan kesan kebakaran dan akan memulakan proses baik pulih secepat mungkin. Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin