MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KEMASUKAN IPT AWAM DAN SWASTA YAYASAN PASIR GUDANG

Sesi penyerahan Sumbangan Bantuan Kemasukan Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/S) Yayasan Pasir Gudang bagi bulan Oktober 2026 telah berjaya disempurnakan oleh YB Tuan Haji Abdul Halim bin Suleiman, ADUN Tiram, bertempat di Pejabat ADUN Tiram, Ekoperniagaan.

Seramai 31 orang pelajar dan wakil pelajar dari sekitar Pasir Gudang telah hadir bagi menerima sumbangan tersebut.

Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban para penerima serta menjadi pemangkin semangat untuk terus melangkah dalam perjalanan menuntut ilmu dan mencapai kejayaan amin insyallah.

🔥 Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.

#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin

Scroll to Top