MAJLIS SERAHAN BAKUL MAKANAN & PENEMPATAN SEMULA ORANG ASLI TELUK JAWA
Suasana sekitar Sesi Penempatan Semula Orang Asli Teluk Jawa serta Sesi Serahan Agihan Bakul Makanan yang telah disempurnakan oleh YB Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Datuk Bandar Pasir Gudang di Dewan Serbaguna Taman Cendana.
Bakul Makanan Yayasan Pasir Gudang yang telah diagihkan oleh Majlis Bandaraya Pasir Gudang menjadi simbol keprihatinan dalam memastikan kebajikan komuniti terus terpelihara serta bantuan yang disalurkan oleh pimpinan sentiasa dirasai oleh setiap lapisan masyarakat.
Turut Hadir, Encik Ezlan Farid, Setiausaha MBPG dan Tuan Haji Ishak, Ahli Majlis MBPG Zon Cendana.
Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin