MAJLIS SERAHAN INISIATIF BANTUAN TUNAI KEPADA SWM NEGERI JOHOR ( FASA 3 )
B Tuan Haji Baharudin, ADUN Permas merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang telah menyerahkan insentif Bantuan Kasih Johor kepada 41 orang petugas SWM Environment di Pejabat Operasi SWM Pasir Gudang sebagai tanda penghormatan kepada mereka yang memastikan kawasan Pasir Gudang sentiasa bersih dan terjaga.
Inisiatif ini merupakan Insentif Bantuan Kasih Johor Fasa 3 yang digerakkan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz, Menteri Besar Johor sebagai tanda penghargaan kepada para petugas yang banyak berjasa kepada komuniti.
Turut serta, Encik Abd Majid , Timbalan Setiausaha MBPG dan Dr Peter Looi Yat Seong, Pengurus Servis Kawasan SWM Environment Sdn Bhd.
DIkuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk info terkinI
#YayasanPasirGudang #ypgprihatin