PENYERAHAN SUMBANGAN COFFEE TABLE KEPADA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN CENDANA

Sesi Penyerahan Sumbangan Coffee Table kepada Sekolah Kebangsaan Taman Cendana, hasil kerjasama Greenpac (Packaging) Sdn. Bhd. dan Yayasan Pasir Gudang, telah berlangsung bersama Encik Hazif bin Hassan, Pengurus Kualiti Greenpac (Packaging) Sdn. Bhd., Encik Mohamad Najib, Penolong Kanan Pentadbiran SK Taman Cendana serta Tuan Haji Ishak, Ahli Majlis Bandaraya Pasir Gudang Zon Cendana.

Greenpac (Packaging) Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam industri pembungkusan. Menerusi inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), pihak syarikat turut memainkan peranan dalam menyokong keperluan komuniti setempat, khususnya dalam sektor pendidikan.

Semoga sumbangan ini dapat memberi manfaat serta mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih selesa dan kondusif buat warga SK Taman Cendana.

#YayasanPasirGudang #YPGPrihatin

Scroll to Top