BIRU YB BAHAR

Program BIRU yang diperkenalkan oleh YB Tuan Haji Baharudin telah berjaya dilaksanakan dengan penuh meriah di Jalan Kijang, Taman Scientex, baru-baru ini. 

Hasil kerjasama antara Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Yayasan Pasir Gudang dan Pejabat ADUN Permas, pelbagai aktiviti telah dianjurkan termasuk Fun Run 5KM dan pertandingan mewarna kanak – kanak, pertandingan memasak komuniti serta agihan sumbangan bantuan yang mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat.

Turut hadir memeriahkan program ialah Tuan Haji Razani, Ketua WHIP MBPG, serta Puan Hajah Haryati dan Puan Rafiah, Ahli-Ahli Majlis MBPG.

Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.

#YayasanPasirGudang #ypgprihatin

Scroll to Top