PROGRAM IFTAR JAMAIE & IMARAH TARAWIH PERDANA PASIR GUDANG 2026
YB Datin Paduka Hajah Hazlina, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang merangkap Timbalan Pengerusi Yayasan Pasir Gudang telah berjaya menyempurnakan Program Iftar Jamaie & Imarah Terawih Perdana Pasir Gudang 2026 yang berlangsung di Masjid Taman Cendana.
Dalam kesempatan program tersebut, Yayasan Pasir Gudang juga turut menyantuni 40 buah keluarga asnaf di kawasan Taman Cendana untuk menerima inisiatif bantuan sempena Hari Perayaan Aidilfitri yang akan datang.
Program ini telah menghimpunkan masyarakat setempat dalam suasana penuh kebersamaan dan ukhuwah, Semoga penganjuran program seumpama ini terus menjadi platform menyatukan komuniti dan menyemarakkan lagi semangat Ramadan.
Turut hadir, Tuan Haji Razani, Ketua WHIP Ahli Majlis MBPG dan En Ezlan Farid, Setiausaha MBPG dan En Abd Majid Timbalan Setiausaha MBPG.
Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin