SESI PENYERAHAN COFFEE TABLE PROGRAM CSR GREENPAC SDN BHD
Sebagai kesinambungan kerjasama antara Greenpac (Packaging) Sdn. Bhd. dan Yayasan Pasir Gudang dalam menyokong sektor pendidikan, Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 2 menjadi sekolah ketiga menerima sumbangan coffee table menerusi inisiatif ini.
Sesi penyerahan telah berlangsung bersama Encik Hazif bin Hassan, Pengurus Kualiti Greenpac (Packaging) Sdn. Bhd., Encik Mohamed Yusoff, Guru Besar SK Pasir Gudang 2 serta Encik Ed Baela, Ahli Majlis Bandaraya Pasir Gudang Zon Air Biru.
Greenpac (Packaging) Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam industri pembungkusan. Menerusi inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), pihak syarikat turut memainkan peranan dalam menyokong keperluan komuniti setempat, khususnya dalam sektor pendidikan.
Semoga sumbangan ini dapat memberi manfaat serta mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih selesa dan kondusif buat warga SK Pasir Gudang 2.
#YayasanPasirGudang #YPGPrihatin