SESI PENYERAHAN & PEMBELIAN BARANGAN READY FOR SCHOOL YAYASAN PASIR GUDANG 2026

Yayasan Pasir Gudang telah menyempurnakan sesi pembelian dan walkabout Program Ready For School di Gudang Ten Ten, Masai, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan dalam berkongsi rezeki serta keselesaan anak – anak untuk menuntut ilmu.

Sebahagian daripada penerima Program Ready For School telah menggunakan baucar yang telah ditaja oleh Yayasan Pasir Gudang untuk membeli pakaian seragam, kasut, beg sekolah serta peralatan menulis mengikut keperluan masing-masing sebagai persediaan menghadapi sesi persekolahan pada tahun 2026.

YB Tuan Haji Baharudin, Pengerusi Yayasan Pasir Gudang berkesempatan hadir bagi memantau perjalanan Program Ready For School anjuran Yayasan Pasir Gudang, di samping menyantuni para penerima serta berinteraksi secara langsung bersama ibu bapa dan anak-anak yang terlibat.

Program Ready For School ini merupakan antara inisiatif berterusan Yayasan Pasir Gudang dalam meringankan beban kewangan keluarga, sekali gus memastikan anak-anak Pasir Gudang dapat memulakan sesi persekolahan baharu dengan lebih yakin dan bersedia

Turut hadir, Puan Chan San San (ALPA YPG), Encik Mad Yasir, Tuan Haji Isyak serta Puan Hajah Haryati (Ahli Majlis MBPG), berserta Encik Paudzi (JKKP MBPG) dan Encik Lai Beng Swee, Pengurus Besar Ten-Ten Malaysia.

Ikut kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.

#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin

Scroll to Top