SUMBANGAN BACK TO SCHOOL KOMUNITI ANAK - ANAK INDIA

Yayasan Pasir Gudang telah melaksanakan program sumbangan Back to School yang mensasarkan anak-anak komuniti India di dua buah sekolah iaitu SJK (T) Pasir Gudang dan SJK (T) Seri Alam. Program ini bertujuan membantu para pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah untuk membeli keperluan persekolahan anak-anak mereka.

Majlis penyampaian sumbangan ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Baharudin, Pengerusi Yayasan Pasir Gudang, sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan pendidikan anak-anak komuniti India di Pasir Gudang dan sekitarnya.

Melalui sumbangan keperluan persekolahan ini, Yayasan Pasir Gudang berharap dapat mengurangkan beban ibu bapa, di samping memberi galakan kepada para pelajar untuk terus menimba ilmu dan membina masa depan yang lebih cerah.

Inisiatif ini selari dengan aspirasi Yayasan Pasir Gudang untuk memupuk nilai keprihatinan, kesaksamaan pendidikan, perpaduan serta semangat saling membantu, demi memastikan tiada anak yang tercicir daripada arus pendidikan tanpa mengira latar belakang kaum dan sosioekonomi.

Turut hadir, Puan Vimala (ALPA YPG) serta Tuan Haji Razani, Ketua WHIP Majlis Bandaraya Pasir Gudang.

Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.

#YayasanPasirGudang

#ypgprihatin

Scroll to Top