SUMBANGAN INFAQ RAMADAN 2026 BERSAMA PERTUBUHAN KEBAJIKAN WANITA DARUL SAKINAH
Melalui aktiviti kebajikan Yayasan Pasir Gudang yang dijalankan. Sumbangan Infaq Ramadan 2026 bersama Pertubuhan Kebajikan Wanita Darul Sakinah telah berjaya disempurnakan oleh Puan Rafiah, wakil rasmi YB Bahar merangkap Ahli Majlis MBPG Zon Taman Bukit Dahlia di Masjid Al-Ulya, Taman Air Biru. Program ini diadakan bagi menyemarakkan semangat kebersamaan dan membantu golongan yang memerlukan sepanjang bulan Ramadan, Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.