ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG
“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin di dunia, Allah akan melepaskan satu kesusahannya pada hari kiamat.”
— (Riwayat Muslim)
Berteraskan semangat hadis ini, hasil cukai yang dibayar oleh rakyat yang bertanggungjawab telah dimanfaatkan sebaiknya apabila Yayasan Pasir Gudang hadir menghulurkan bantuan kepada lima buah keluarga di Kg Tanjung Langsat, Tg Puteri Resort dan Kg Pasir Putih.
Inisiatif ini bukan sahaja meringankan beban mereka yang memerlukan, malah mencerminkan nilai keprihatinan dan tanggungjawab bersama dalam memastikan kebajikan komuniti terus terbela.
Turut hadir, Tuan Haji Zuraimi, Encik Zainal, Puan Hasnina serta Tuan Haji Yusof (ALPA YPG) dan Encik Paudzi ( MBPG )
🔥 Ikut kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin