YB Bahar, Pengerusi Yayasan Pasir Gudang meluangkan masa menyantuni empat individu yang menghadapi ujian kesihatan di Taman Scientex.
Kunjungan beliau ke kediaman tersebut turut dititipkan bantuan awal sebagai tanda sokongan dan keprihatinan, dalam usaha meringankan beban yang ditanggung oleh mereka sekeluarga. Setiap pertemuan memberi ruang untuk mendengar sendiri keadaan yang dihadapi, sekali gus memastikan kebajikan mereka terus diberi perhatian.
🔥Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.