ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG

Lawatan Yayasan Pasir Gudang yang diketuai oleh Tuan Haji Zuraimi telah meluangkan masa menyantuni empat individu di sekitar Taman Pasir Putih dan Taman Kota Masai sejurus menerima laporan berkaitan keadaan kesihatan mereka.

Kunjungan ini mencerminkan keprihatinan dan komitmen berterusan dalam memastikan kebajikan masyarakat sentiasa diberi perhatian. Selain bertanya khabar dan menilai situasi semasa pesakit, sedikit bantuan awal turut disampaikan bagi meringankan beban serta memberi sokongan moral kepada mereka dan keluarga.

Turut hadir, Encik Zainal dan Puan Hasnina ( ALPA YPG ) berserta Encik Daniel Syafiq ( MBPG )

🔥 Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.

#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin

Scroll to Top