Yayasan Pasir Gudang telah menyantuni pesakit di sekitar Taman Kota Masai yang sedang berdepan dengan cabaran kesihatan kronik.
Kunjungan ini menjadi ruang untuk bertanya khabar, melihat keadaan mereka dengan lebih dekat serta menyampaikan bantuan sebagai tanda keprihatinan. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban dan memberi sedikit kekuatan buat mereka sekeluarga dalam menghadapi ujian.
Turut hadir, Encik Zainal, Puan Hasnina dan Tuan Haji Yusof (ALPA YPG).
🔥 Ikuti Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk pelbagai aktiviti, info dan perkembangan terkini!