ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG

Tuan Haji Zuraimi (ALPA YPG) turun padang bagi menyantuni tiga individu yang mempunyai permasalahan berbeza  di Kampung Cahaya Baru dan Taman Cahaya, Masai.

Adik Hasri – terlibat dalam kemalangan jalan raya pada awal November 2025, yang mengakibatkan patah tulang pinggul serta tulang kempis. Beliau kini menunjukkan perkembangan positif, namun masih memerlukan bantuan keluarga untuk bergerak.

Puan Norsiah – mengalami strok pada sebelah kanan anggota badan sejak Ogos 2025. Beliau pernah menjalani rawatan urutan tradisional dan kini masih menerima rawatan susulan secara berkala di hospital. Keadaannya kini terlantar dan hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda.

 Encik Abu – mengalami simptom mata dan mulut senget akibat strok ringan yang dialaminya sejak Ogos 2025. Beliau kini bergantung kepada tiub untuk minum susu dan masih meneruskan rawatan susulan di hospital.

Selain menyerahkan sumbangan berbentuk tunai, sesi ziarah ini turut dimanfaatkan oleh pasukan bagi mendapatkan gambaran awal untuk merancang sokongan susulan yang lebih bersasar mengikut keperluan setiap penerima, khususnya sepertj mereka yang menghidap penyakit kronik.

Turut hadir dalam sesi ziarah ini ialah Encik Zainal (ALPA YPG) dan Encik Paudzi (JKKP MBPG).

Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.

#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin

Scroll to Top