ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG

usaha mendengar sendiri keluhan mereka yang berdepan ujian kesihatan dan kehidupan, sambil menyalurkan sokongan serta semangat agar terus kuat menghadapi hari mendatang”

Pasukan Yayasan Pasir Gudang (YPG) bersama Encik Paudzi (JKKP MBPG) turun padang menyantuni empat individu yang menghadapi sakit kronik di sekitar Masai dan Bandar Seri Alam. 

Encik Ahmad mempunyai beberapa rekod kesihatan antaranya hepatitis, masalah prostat, diabetes kronik dan darah tinggi. Beliau menjalani rawatan susulan secara berkala dan kini masih perlu bergantung kepada ubat – ubatan yang dibekalkan oleh pihak hospital.

Dua beradik, Areeq Harraz (abang) dan Siti Khadijah (adik), masing-masing menghidap kanser darah serta sindrom Down. Menurut ibu mereka, Areeq Harraz disahkan menghidap kanser darah pada usia 9 tahun, manakala adiknya Siti Khadijah pula dikesan mengalami kanser darah sejak lahir. Kedua-duanya telah melengkapkan rawatan kimoterapi dan kini berada dalam fasa pemulihan

 Encik Iqbal disahkan menghidap kanser limfoma sejak awal tahun 2024. Beliau sedang menjalani rawatan kimoterapi dan akan dirujuk ke Hospital Ampang bagi menjalani pengambilan sampel darah sebelum melalui prosedur transplant. Selepas itu, beliau perlu mendapatkan rawatan susulan di hospital untuk tempoh sebulan.

Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.

#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin

Scroll to Top