ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG
Sebagai usaha berterusan mendekati masyarakat untuk menghulurkan bantuan, Encik Zainal (ALPA YPG) bersama pasukan telah menyantuni empat individu di Taman Kota Masai.
Adik Nureen Afiyah menghidap penyakit leukemia sejak September 2025. Menurut ibunya, tanda awal yang dialami termasuk demam dan bengkak tonsil. Kini, beliau menjalani rawatan kemoterapi dan akan meneruskan rawatan susulan secara berkala.
Puan Halinah mengalami strok pada bahagian kanan badan pada awal November 2025. Akibatnya, beliau terlantar dan memerlukan bantuan untuk bergerak. Beliau kini menjalani rawatan urutan tradisional serta fisioterapi secara berkala.
Puan Zainap mengalami masalah saraf dan jangkitan kuman pada otak sejak 2015. Beliau turut mengalami sawan dan komplikasi penglihatan. Pada masa ini, beliau tidak dapat mendengar dan diurus sepenuhnya oleh ahli keluarga.
Encik Afiq terlibat dalam kemalangan jalan raya pada November 2025 yang menyebabkan kecederaan tulang belakang dan lima batang tulang rusuk patah. Beliau menggunakan alat sokongan tulang belakang dan perlu menjalani rawatan susulan.
Melalui sesi ziarah yang menumpukan aspek kebajikan dan kesihatan komuniti, Yayasan Pasir Gudang kekal komited membantu mereka yang memerlukan agar terus tabah menghadapi cabaran dan pulih seperti sedia kala.
Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin