ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG

Kadang-kadang, hanya hadir dan mendengar sudah cukup, itulah yang berlaku di Taman Cendana apabila YB Tuan Haji Baharudin, Pengerusi Yayasan Pasir Gudang meluangkan masa mengunjungi tiga pesakit kronik, masing-masing menghadapi permasalahan yang berbeza.

Puan Zaliza telah menghidap diabetes kronik sejak tahun 2010 dan turut mempunyai rekod kesihatan lain seperti darah tinggi dan kolesterol. Kini, beliau tidak mampu berdiri dalam tempoh yang lama dan menjalani rawatan susulan secara berkala di Klinik Kesihatan Pasir Gudang.

Adik Bunga dilahirkan dengan penyakit jantung berlubang serta sindrom Down. Beliau telah menjalani pembedahan jantung pada tahun 2024 dan kini menerima rawatan berkaitan sindrom Down serta virus dan komplikasi kelenjar.

Puan Asiah menghadapi minor strok sejak tahun 2024 serta menghidap darah tinggi. Strok tersebut telah menyebabkan masalah pada tangan kiri dan kedua-dua anggota kaki beliau. Kini, Puan Asiah menerima rawatan secara berkala dan dijaga oleh ahli keluarga di rumah.

Turut hadir, Encik Paudzi (JKKP MBPG) serta Tuan Haji Daud, Ketua Kg Pasir Gudang Baru.

Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.

#YayasanPasirGudang 
#ypgprihatin

Scroll to Top