ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG
Siri Ziarah Kasih merupakan rutin berterusan Yayasan Pasir Gudang dalam usaha memperkukuh hubungan dengan komuniti setempat. Dalam siri kali ini, lima individu di sekitar Kampung Kopok Baru dan Taman Kota Masai telah diberikan perhatian serta diagihkan bantuan khususnya pesakit kronik seperti mereka.
Puan Salmiah melecur di kaki akibat air panas tertumpah. Beliau telah menjalani pembedahan untuk membuang jangkitan kuman dan kini terlantar serta dijaga oleh keluarga.
Haziq Syazwan terlibat kemalangan jalan raya pada Oktober 2025, mengakibatkan patah tengkorak kiri dan darah beku di otak. Kini, beliau sedang pulih tetapi masih memerlukan rawatan susulan.
Puan Zaitun menghidap kanser payudara sejak April 2025. Beliau juga turut mengalami kesukaran untuk bernafas. Puan Zaitun masih mampu melakukan kerja rumah, namun tidak dibenarkan melakukan aktiviti lasak oleh kerana baru menjalani pembedahan.
Adik Putera Adam mengalami luka lecur di muka, tangan, dan telinga akibat kebakaran di cawan polisterin. Kini beliau semakin pulih, namun masih memerlukan rawatan susulan untuk pertumbuhan kulit baru.
Encik Muzani menghidap radang mata sejak 2024, dengan penglihatan mula terganggu selepas Hari Raya Aidilfitri. Kini, beliau mengalami kesukaran melihat dengan jelas dan perlu mendapatkan rawatan di hospital setiap tiga bulan.
Turut hadir, Puan Hasnina (ALPA YPG) serta Tuan Haji Malek Ahli Majlis Bandaraya (MBPG) Zon Cahaya Bahru.
Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin