ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG
Kunjungan Tuan Haji Razani, ketua WHIP Ahli Majlis Bandaraya Pasir Gudang telah turun padang menyantuni tiga individu yang mengalami sakit kronik dan terlantar di Taman Nusa Damai.
Komitmen Yayasan Pasir Gudang terus dizahirkan melalui usaha mengenal pasti dan membantu warga yang memerlukan sokongan khususnya pesakit kronik seperti mereka.
– Encik Mohd Rehab merupakan pesakit kanser hati tahap empat dan turut mengalami pendarahan pada paru-paru serta ketumbuhan dalam perut. Beliau telah menjalani rawatan di hospital dan kini perlu bergantung kepada ubat-ubatan yang dibekalkan.
– Encik Rosly telah menghidap diabetes kronik sejak tujuh tahun lalu dan kini mengalami komplikasi penglihatan yang semakin kurang jelas. Beliau telah mendapatkan rawatan dan keadaan hariannya diuruskan oleh ahli keluarga.
– Puan Zainab mengalami strok seluruh badan dan kini berada dalam keadaan terlantar. Beliau dijaga oleh anaknya, Encik Sezatulakmar, yang turut merupakan pesakit kronik saraf tunjang. Puan Zainab masih memerlukan rawatan susulan bagi pemantauan keadaan kesihatannya.
Turut hadir, Puan Hajah Haryati, Ahli Majlis Bandaraya Pasir Gudang Zon Scientex 2 serta Encik Paudzi (JKKP MBPG).
ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang. untuk maklumat terkini.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin