ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG

Majlis Bandaraya Pasir Gudang bersama Yayasan Pasir Gudang yang diketuai oleh Puan Hajah Haryati, Ahli Majlis Bandaraya Pasir Gudang Zon Scientex 2, telah menziarahi dan menyantuni Adik Muhammad Ammar Ziyad di kediamannya di Taman Scientex sebagai tanda keprihatinan terhadap musibah yang menimpa beliau.

Adik Ammar telah terlibat dalam satu insiden kemalangan pada awal bulan Disember lalu apabila dihempap besi pagar gelanggang futsal yang terletak di hadapan perumahan beliau. Kejadian tersebut telah menyebabkan beliau mengalami kecederaan serius melibatkan bahagian mata, hidung dan telinga, selain keretakan pada bahagian kepala, dan telah menerima rawatan susulan di hospital.

Sebagai sokongan terhadap proses rawatan Adik Ammar Ziyad, dimaklumkan bahawa syarikat kontraktor yang menjalankan kerja berkaitan akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala kos rawatan beliau bagi memastikan Adik Ammar menerima rawatan yang terbaik.

Dalam kunjungan tersebut, Yayasan Pasir Gudang turut menghulurkan sumbangan yang disampaikan oleh Puan Hajah Haryati, selain menyampaikan sokongan moral kepada Adik Ammar dan keluarga.

Diharapkan kunjungan ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban yang ditanggung serta memberikan semangat dan dorongan kepada Adik Ammar untuk terus menjalani proses pemulihan.

Turut hadir, Encik Edy, Pengarah Bangunan MBPG dan Tuan Haji Encik Danial berserta Encik Paudzi (JKKP MBPG).

Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.

#yayasanpasirgudang

#ypgprihatin

Scroll to Top