ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG
Yayasan Pasir Gudang telah turun padang di sekitar Taman Cendana bagi menyantuni tiga orang individu, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan yayasan dalam mendekati masyarakat setempat serta menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan khususnya seperti mereka.
Puan Siti Hajar merupakan pesakit buah pinggang tahap akhir yang sedang menjalani rawatan dialisis secara rutin sejak tahun 2024. Walaupun berdepan ujian kesihatan, beliau masih kekal tabah dan aktif menguruskan kerja-kerja rumah seharian.
Encik Ibrahim telah menghidap penyakit jantung sejak tahun 2021 dan kerap mengalami serangan jantung sama ada setiap bulan atau dua bulan sekali. Beliau masih menjalani rawatan susulan dan bergantung sepenuhnya kepada ubat-ubatan yang dibekalkan oleh pihak hospital bagi mengawal keadaan kesihatannya.
Puan Fatimah merupakan pesakit strok pada keseluruhan bahagian kiri badan sejak akhir September 2025. Strok yang dialami berpunca daripada insiden beliau terjatuh dari katil pada awal pagi. Kini, keadaan kesihatannya menunjukkan perkembangan yang semakin baik, namun beliau masih memerlukan pengawasan dan penjagaan rapi daripada ahli keluarga.
Turut hadir, Tuan Haji Ishak, Ahli Majlis Bandaraya Pasir Gudang Zon Cendana serta Encik Paudzi ( JKKP MBPG)
Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin