ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG
Sebagai manifestasi keprihatinan terhadap kebajikan komuniti setempat, Yayasan Pasir Gudang membuat lawatan di sekitar Taman Cahaya Masai dan Taman Kota Masai bagi menyampaikan bantuan kepada empat individu yang menghadapi sakit kronik.
Encik Annuar mengalami strok pada bahagian kiri badan pada pertengahan September 2025 di tempat kerja. Kini, keadaan beliau menunjukkan perkembangan yang semakin pulih, namun masih belum mampu bertutur dan diuruskan oleh ahli keluarga.
Adik Muhammad Faris merupakan pesakit leukimia sejak Ogos 2025 dan telah menjalani rawatan kimoterapi secara bulanan. Ketika ini, beliau masih mampu berjalan, namun perlu mengelakkan pendedahan berlebihan berikutan tahap kesihatannya.
Puan Nor Idawati menghidap strok pada bahagian kanan badan sejak Ogos 2025. Puan Nor Idawati juga mempunyai rekod kesihatan darah tinggi. Kini, beliau masih terlantar namun menunjukkan perkembangan positif apabila sudah mampu bertutur.
Adik Ahmad Yusoff, bayi berusia 1 tahun 7 bulan, mengalami sindrom Down serta masalah usus. Beliau telah menjalani pembedahan usus dan kini menerima rawatan fisioterapi secara berkala.
Turut hadir, Encik Zainal & Puan Hasnina (ALPA YPG) berserta Encik Hairul (JKKP MBPG)
Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin