ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG
Tuan Haji Zuraimi (ALPA YPG) telah meluangkan masa yang berharga untuk menziarahi serta menyantuni tiga pesakit kronik di Taman Pasir Putih dan Taman Tg Puteri Resort. Lawatan ini bukan sahaja bertujuan untuk menghulurkan bantuan dari segi keperluan harian, malah juga memberi sokongan moral dan semangat kepada mereka yang sedang menghadapi cabaran kesihatan yang serius.
Encik Ahmad Fauzi menghidap strok sejak tahun 2018 yang menyebabkan beliau sukar bergerak dan telantar. Kini beliau menjalani rawatan fisioterapi secara berkala dan diuruskan sepenuhnya oleh ahli keluarga.
Encik Arafat pula merupakan pesakit buah pinggang kronik tahap 5 dan mengalami jantung tersumbat sejak tahun 2023. Beliau telah menjalani rawatan hemodialisis dan mempunyai rekod kesihatan lain termasuk darah tinggi dan diabetes. Kini beliau tidak boleh bekerja dan bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak.
Sementara itu, Puan NorHaslina menghidap kanser usus tahap 4 sejak April 2025. Beliau telah menjalani rawatan kimoterapi dan perlu menggunakan stoma bag. Walaupun begitu, Puan NorHaslina masih kuat melakukan aktiviti harian di rumah, namun tidak boleh melakukan kerja yang terlalu lasak.
Turut hadir, Encik Zainal (ALPA YPG) dan Puan Hajah Rapenah, Ahli Majlis Bandaraya Pasir Gudang Zon Kota Masai 3 berserta Encik Jaslan, Ketua Kg Pasir Putih.
Ikut kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin