ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG

Dalam usaha berterusan menzahirkan keprihatinan terhadap masyarakat, Encik Amirul Afiq bin Azman (ALPA YPG) telah mengadakan lawatan ziarah di Taman Scientex untuk menyantuni tiga pesakit yang memerlukan sokongan dan perhatian khusus seperti mereka.

Puan Juraidah mengalami strok sejak akhir September 2025. Kejadian ini dipercayai berpunca daripada bahagian otak yang membengkak serta mempunyai darah beku. Kini, beliau terlantar dan diuruskan oleh ahli keluarga.

Adik Adam Hafiy mempunyai ketumbuhan di bahagian kepala sejak awal tahun 2025. Beliau telah menjalani rawatan radioterapi dan perlu meneruskan rawatan kemoterapi serta pemeriksaan darah secara berkala.

Mohd Shahril menghidap sakit lemah jantung sejak tahun 2023. Beliau telah mendapatkan rawatan susulan berkaitan jantung dan masih perlu bergantung pada ubat farmasi sehingga kini.

Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.

#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin

Scroll to Top