ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG

Membantu dan meringankan beban sesama manusia merupakan antara amalan yang sangat dituntut dalam Islam. Rasulullah SAW bersabda bahawa sebaik-baik manusia ialah mereka yang paling memberi manfaat kepada manusia lain.

Berlandaskan prinsip seperti diatas, Puan Chan San San ( ALPA YPG ) telah mengetuai siri ziarah menyantuni empat individu di sekitar Zon Masai bagi menghulurkan bantuan khusus pesakit kronik seperti mereka.

Puan Fan Yoke Lan mengalami patah peha akibat terjatuh di bilik air pada awal April 2025. Selepas menjalani pembedahan pemasangan besi, beliau kini masih tidak mampu bergerak dan memerlukan penjagaan ahli keluarga.

Puan Faridah mengalami kejadian jatuh tangga yang menyebabkan pembentukan darah beku di bahagian paru-paru serta mengalami strok sejak Disember 2025. Beliau telah menjalani rawatan fisioterapi di Hospital Pasir Gudang. Namun kini, beliau terlantar dan menerima makanan melalui tiub hidung.

Puan Yap Yuet Min mengalami masalah kemurungan. Beliau tidak menjalani rawatan susulan namun masih bergantung kepada ubat yang dibekalkan oleh Klinik Kesihatan. Walaupun masih boleh bergerak, beliau tetap memerlukan pengurusan dan penjagaan oleh anaknya.

Encik Chua Chong Chai merupakan pesakit yang mengalami masalah penglihatan sejak tahun 2024, yang menyebabkan kedua-dua matanya menjadi kabur. Kini, beliau menetap bersama kakaknya dan tidak lagi mampu bekerja seperti biasa.

Turut hadir, Puan Chua Tian Cha, Ahli Majlis Bandaraya Pasir Gudang Zon Flora Height & Encik Pauzi (JKKP MBPG).

🔥 Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.

#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin

Scroll to Top