ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG

Lawatan Tuan Haji Zuraimi (ALPA YPG) bersama pasukan Yayasan Pasir Gudang telah dilaksanakan di Taman Pasir Putih, Kampung Pasir Putih dan Tanjung Langsat dengan memberi tumpuan kepada aspek kebajikan serta kesejahteraan komuniti setempat.

Selain menghulurkan bantuan awal kepada empat individu terlibat, pasukan Yayasan Pasir Gudang turut mendengar perkongsian penerima serta bertanyakan mengenai keadaan kesihatan dan rawatan yang sedang dijalani.

– Encik Joha pesakit kanser usus tahap 4 pada oktober 2024. Beliau telah menjalani rawatan susulan serta kimoterapi di hospital. Kini, keadaan beliau terlantar dan diuruskan sepenuhnya oleh ahli keluarga. 

– Encik Mohd Faizal mengalami strok ringan sejak awal tahun 2024 yang menyebabkan beliau mengalami kebas pada bahagian tangan, kaki serta wajah senget. Kini keadaan beliau semakin pulih, namun masih memerlukan rawatan susulan secara berterusan.

– Mohammad Syabil terlibat dalam kemalangan jalan raya sejak awal November 2025 yang melibatkan sebuah kereta dan motosikal. Kemalangan tersebut telah menyebabkan beliau mengalami kecederaan serius di bahagian pinggang serta patah tangan dan kaki kiri.

– Encik Jefryin mengalami strok di bahagian kanan badan sejak November 2025 akibat penyakit darah tinggi yang menyebabkan beliau terjatuh di bilik air. Kini beliau terlantar dan bergantung sepenuhnya kepada susu bagi keperluan harian.

Turut serta dalam lawatan ialah Encik Zainal, Puan Hasnina serta Tuan Haji Mohd Yusof (ALPA YPG).

Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.

#YayasanPasirGudang

#ypgprihatin

Scroll to Top